Monday, August 9, 2010

Hujung minggu

Hari Sabtu, lepas makan tengah hari Oni mengamuk sebab abi takde. Oni tinggal dengan umi, aiii umi ni busy la. Kemas rumah, masak, tengok habis dia lipat semua tilam.

Oni suka main vakum, nak tolong tapi umi tak bagi. So Oni tolong tengok aje la.

Petang tu, umi bawak Oni main kat taman, belakang tadika kakak Baby. Oni main jungkang jungkit, main buai, main gelongsor. Sudahnya Oni amik kakak Baby punya gula-gula.

Hari Ahad, sesi menggemukkan badan, lepas umi bagi minum susu campur nestum, Oni bantai tido dengan abi. Sampai tengah hari, lepas makan tengah hari, Oni tido lagi. Haha... bosanla ngan mainan dalam kotak tu, Oni suka main kucing yang tok papa bagi je.

Petang turn abi bawak Oni pergi taman, best. Oni pergi jauh sikitla. Abi bawak naik motor. Haha umi kena tinggal. Hujung minggu yang sungguh seronok. Oni suka main, makan, mandi, mengemas dan tido.

Paling Oni suka buat semua benda yang umi buat. Haha, tension je tengok muka umi, kekadang umi bagi kiss kat pipi, best. Seronok dapat tido dalam pelukan umi, nanti umi nyanyi. Pastu tepuk-tepuk, rasa nyaman je bila tido.

* hujung minggu cepatla datang. umi malas ambik gambar Oni, dia jeles *

2 comments:

Tie-Ibu wawanisolehah said...

o..anak rapat dgn Hby yer..cam akak ni caner garang dan rimaunya akak, anak tetap nempek dgn akak...apekah akak mengamalkan ilmu pengasih kuikui...
note : sebenarnya mak dia 2 x 5 gak Oni oii..kalo tak kakkan kuah tumpah ke nasik haha

ch@ said...

haha... akak niii mmg kelakar. mmg pun, rapat macam mana pun ngan abi dia, blk² kat umi jugakkk... kekadang naik hangin jugak... haha.