Saturday, November 13, 2010

Umi dan abi Oni.

Hi semua, salam satu Malaysia. eh! ini trademark umi. Takpe-takpe, Oni pinjam untuk satu entry aja. Tapiii, diingatkan terlebih dahulu entry ini ada banyak gambar dan sangat panjang. Oni nak citer pasal umi dengan abi la.

Umi dengan abi, ermmm... menurut cerita umi, dia jumpa abi masa belajar. Masa tu dia tak suka abi, sebab abi selalu kacau dia, selalu buat dia macam nak nangis, lama-lama dah tak tahan, dia kawan juga dengan abi.

Menurut cerita abi pula, dia suka dengan umi sebab umi tak cantik, tapiii umi comel. Macam budak-budak je lepas tu mulut umi bising. Umi suka membebel tak tentu hala. 1st time abi nampak umi pakai t-shirt, jeans & sportshoes dia dah terpikat.

Diorang ni kapel asalnya cinta contract, ala cinta atas janji lepas habis belajar terus lost contact. Macam tu la, sebab masa tu umi dah ada boyfren handsome. Haha... umi-umi, perangai tak berubah. Playgirl.
Oniii... tambah garam ke tu.

Sudahnya bf yang handsome mata hazel tu tinggalkan umi. Huahaha padan muka umi, dia kata satu hari nanti abi akan jatuh cinta dengan umi. Tah apa-apa.

Jadi... cinta contract pun kensel. Perjanjian berkecai. Hubungan diteruskan. Time ni abi romantik habis. Alaaa nak mengurat, nak ambik hati umi memangla macam tu.

Dengan disangka-sangka dorang masih lagi bersama selama tahun berikutnya, umi membuat pengorbanan (konon) tak jadi cari kerja kat Johor, tapi terus stay KL. Dekatla dengan abi kan. Sehinggala mereka ditunangkan. Hampir sahaja ke gerbang perkahwinan dengan tak sabar-sabarnya, abi terpilih untuk masuk training polis dia Pulapol.

Umi menunggu dengan kesabaran tinggi, banyak dugaan, banyak cabaran. Pergi tanya umi. Akhirnya... tak sampai dua bulan abi habis, pernikahan mereka dilangsungkan.

Dah bertunang tapiii abah abi yang kawin dulu.
Muka budak-budak betul.

  • Dinikahkan pada hari Jumaat, disaksikan dengan ramai budak sekolah agama.
  • Pada 27 Jun 2008.
  • Mendapat sebentuk cincin dan seutas gelang, umi tengah menuntut rantai emas.
  • Terharu sebab, disaksikan oleh bonda dan ayahanda Wiya.
  • Umi nangis masa bersalam dengan tokPapa dan tokMama.
  • Abi menjadikan umi isterinya dengan dua kali lafaz.

  • Malam berinai hari yang sama, malam surprised dari tokMama. Tiada dalam perancangan.
  • Bekalan elektrik tidak mencukupi bila majlis serentak dengan Kempen Anti-dadah peringkat Kebangsaan.
  • tokMama nak tengok abi pakai baju melayu, umi nak tengok abi pakai tanjak.
  • Warna baju dan tema pilihan tokMama.
  • Umi paling suka persalinan ini.

  • Debaran ketara, umi gugup sebab 1st time dia interframe depan ramai orang, sekampung.
  • Majlis bersanding pada 28 Jun 2008.
  • Cuaca cukup panas.
  • Persalinan yang ke-tiga.

  • Pertama kali majlis sebegini dalam kampung.
  • Pertama kali umi lalu bawah pedang, dalam sejarah hidup dia.
  • Pertama kali, semua orang bagaikan terpaku.
  • Hanya dengar bunyi paluan kompang. Kompang terbaik dalam Johor.

  • Disebabkan majlis ini beristiadat, tiada acara mengutip tol.
  • Keseronokkan tiada di situ.
  • Tukang silat pun tak berani mengganggu acara.
  • Disebabkan seorang dari mereka tiada bengkung biru seperti abi pakai, semua orang tak pakai.
  • Potong kek tu dengan pedang.

  • Persalinan terakhir. Umi tak suka baju ni, walau kainnya meleret.
  • Sewaktu bersalam dengan orang dapur, separuh pin baju terbuka. Baju ni besar. Tak saiz dengan umi.

  • Adat tak adat, majlis kawen besar mana pun, still kena dera cuci periuk.
  • Macam nak patah badan. Esoknya semua orang terbongkang tidur tak ingat dunia.
  • Selamat datang abi, ke keluarga umi. Bertambah satu ahli.

  • Majlis resepsi sebelah abi. Serentak dengan pakNgah.
  • Umi bersama mummyRayyan, makNgah Fiza.turQouis pilihan umi, hampir semua persediaan dibuat oleh umi dan umiTok sendiri.

  • Kali kedua umi lalu bawah pedang.
  • Gaun ni buat umi susah nak bergerak. Panas.
  • Skuad pedang dengan 3 orang perempuan. Pertama kali.
  • Orang terperanjat bila kawan-kawan abi memanggil abi Tuan.

  • Disebabkan meraikan dua pasangan, pergerakan atas pentas sangat terhad.
  • Umi yang taksah senyum kalau tak nampak gigi.
  • Majlis pada 25 Oktober 2008.

  • Keluarga besar umi, sekarang tambah lagi satu... Oni la.
  • Time ni Oni dah ada dalam perut umi, tapi umi tak sedar. Umi-umi...
  • Itu auntySu, girlfren pakSu Is.

Hoooreeeyyy, macam mana? menarik tak? ini la Oni...
Born on 2 Julai 2009.
Now growing up, and going to be a champion.
Love u umi, love u abi... mmmuaah!

*kan Oni kata, entry ni panjang. Terima kasih kerana membaca =)

5 comments:

♥sYiLaSyiRa♥ said...

hihi...pandainya cikOni mengarang....

mamalieyna said...

waaah syok nye majlis..hehe..cikOni lak pandai bercerita..hehe..ooh tak beza jauh la mjlis kita..akak nikah 31/5/2008!

@e_da said...

bestla citer oni...tarikh umi oni sanding sama tarikh besday papamika la oni...hehehhe

Yann Mazian said...

cikOni dah pandai menulis sekarang ni ye? sukanyer kak yann baca. hihi. :)

cha said...

aunty syila:
hehe umi tlg draf.

mamaAyep:
majlis yg umi takleh lupa katanya.

mamaMika:
harus umi ingat tarikh ni, dia pantang kalau ada yg sama dgn.

auntyYann:
hahaha kakak pun kakak la...
ti jgn lupa jmpt umi, leh oni naik belon.