Monday, August 9, 2010

Hujung minggu

Hari Sabtu, lepas makan tengah hari Oni mengamuk sebab abi takde. Oni tinggal dengan umi, aiii umi ni busy la. Kemas rumah, masak, tengok habis dia lipat semua tilam.

Oni suka main vakum, nak tolong tapi umi tak bagi. So Oni tolong tengok aje la.

Petang tu, umi bawak Oni main kat taman, belakang tadika kakak Baby. Oni main jungkang jungkit, main buai, main gelongsor. Sudahnya Oni amik kakak Baby punya gula-gula.

Hari Ahad, sesi menggemukkan badan, lepas umi bagi minum susu campur nestum, Oni bantai tido dengan abi. Sampai tengah hari, lepas makan tengah hari, Oni tido lagi. Haha... bosanla ngan mainan dalam kotak tu, Oni suka main kucing yang tok papa bagi je.

Petang turn abi bawak Oni pergi taman, best. Oni pergi jauh sikitla. Abi bawak naik motor. Haha umi kena tinggal. Hujung minggu yang sungguh seronok. Oni suka main, makan, mandi, mengemas dan tido.

Paling Oni suka buat semua benda yang umi buat. Haha, tension je tengok muka umi, kekadang umi bagi kiss kat pipi, best. Seronok dapat tido dalam pelukan umi, nanti umi nyanyi. Pastu tepuk-tepuk, rasa nyaman je bila tido.

* hujung minggu cepatla datang. umi malas ambik gambar Oni, dia jeles *

Sunday, August 8, 2010

Award

Yeye, yeye! Oni dapat award. Uncle eem's kawan umi yang bagi. Uncle ni suka merayaula. Hehe.

Terima kasih banyak-banyak ye uncle. Walaupun takde warna oren, Oni tetap sukaaa... nanti Oni suruh umi gantungkan kat tepi blog Oni ni.

Jom menjamu mata tengok award Oni.

"Oni berasa sangat bertuah kerana menjadi sorang kanak-kanak pempuan yang kuat dan sihat"

* blog Oni tak sampai seminggu dah dapat award, haha umi jeles betul, terima kasih lagi sekali uncle *

umi: sudah²la interframe cikOni oiii!

Thursday, August 5, 2010

Pembuka tirai


Ehem², haaaiii. Oni here. Macam biasala umi tolong interframekan, ye la banyak sangat contest Oni nak masuk, tapi tak pernah nak menang nya pun. Kata umi, bukan rezeki Oni kot.

So umi tolong buatkan satu blog, takla kacau umi punya blog tu. Umi tak suka orang kata blog dia berat. Ooo umi nak kasi blog Oni berat la ni ye. Haha. Cis!

Kalau Oni ada adik, umi nak buatkan satu lagi blog, uiii umi tu cakap je. Tah², blog pun dia dah tak ingat time tu. Busy jaga kitorg. Gasakla umi, janji umi bahagia.

So, selamat datang ke blog Oni... lepas ni Oni la yang jaga blogOren niii... semoga terhibur.

@ Cepat la umi masuk contest ;)