Tuesday, December 11, 2012

Sedang gigih.

Sedih betul blogoren ni, sepi sungguh. Hiii, belum sempat untuk ber'art' kerana busy menguruskan rumahtangga. Ye la, ahli keluarga pun sudah bertambah, menguruskan rumahtangga sepenuhnya, dulu boleh juga curi-curi masa buat art di opis, now belum ada masa lagi. Masih menyesuaikan diri.

Namun, sedang gigih untuk modified diari 2013. Malas hendak beli baru sebab, diari 2012 masih ada stengah ketebalan belum terisi. Jadi, ubah suai sahaja. Tolak mana yang tidak perlu, dan tambah mana-mana suka.

Harap sempat buat kad-kad istimewa untuk batch yang sudah lama tertinggal. Last yang aku buat ialah, Quilling Butterfly sebanyak 500pieces untuk goodies bag perkahwinan member opis. Selepas itu semuanya sudah simpan rapi untuk berpindah rumah, sebelum menyambung cuti bersalin pula. 



2nd batch: 500pcs.


1st batch: 500pcs, beginner lagi.

Pastu hendak menambah dan mengubahsuai buku skrap untuk yang tersayang, ku fikir dua aja rupanya tambah lagi seorang. Rezeki.



Tah cemana aku nak adjust pun belum sempat fikir lagi, bahan pun banyak yang tidak jumpa sebab pindah.

Naik cuti bersalin, tangan pun jadi obor-obor. Tidak dan lagi membahagi masa. Harapnya, akan ada masa terluang untuk aku memulakan semula hobi ini. Aku sangat suka art.

Saturday, September 1, 2012

Peralatan dan bunga quilling.

Sebenarnya lebih kepada kegemaran dan boleh juga dikatakan hobi. Art, entahla makin hari makin jatuh sayang kepada seni quilling ni. Jadi, perlahan-lahan dapat juga mengumpulkan peralatan biasa yang digunakan untuk menghasilkan quilling.

Antara kepunyaan aku:





Ini yang biasa digunakan untuk seni, gam, gunting, cutter dan aku panggil sepit janggut je, mencari twizer sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Payah rupanya nak membelinya. Twizer tu guna untuk ambil dan gam kertas-kertas art yang bersaiz lebih kecil daripada jari.


Pertama kali aku cuba buat quilling, aku tak tahu apa guna template bebulat ni pada seni tu. Lama-lama aku ceburkan diri, ya template bebulat ini banyak jasanya untuk mendapatkan saiz yang sama. Contohnya, hendak buat sayap rama-rama, mesti ada padanankan, jadi gunala template ini. Hihiii.


Sikat, ye ini sikat rambut biasa. Bukan aku tak mapu nak beli sikat quilling tu, akan tetapi banyak benar sikat bersepah di rumah aku, guna je la. Biasanya, aku gunakan sikat untuk buat kelopak bunga, nombor dan huruf quilling. Macam mana? hiii... untuk tutorial lanjut eloklah ke blog orang lebih pakar. Pasal aku pun belum pakar sangat.


Ini lidi cucuk ayam Nandos, telah berjasa dalam membuat 500 ekor rama-rama. Hihiii, nazakkan? hanya lidi yang dibelah tengah pada salah satu hujungnya. Nak belah dua-dua pun boleh je, tapi jangan nangis bila terbelah dua terus. Hahaaa. Walaupun ianya kecil banyak jasanya. Ini paling penting untuk belajar asas quilling. Siapalah quilling tanpa lidi ini.


Disebabkan lidi Nandos dah nazak, aku mendapatkan Slotted Quilling Tool yang sebenarnya. RM15 sahaja. Dibeli daripada kakLin. Heheheee. Khas untuk buat quilling. Besi yang terbelah dihujung dan pemegangnya yang selesa. Mudah digunakan. 


Toolbox daripada Mazerah. Hihiii, sangat suka bila diberi toolbox ini. Semua peralatan kasi sumbat dalam. Sebelum ni aku guna tapawe aja. Heheheee, dengan adanya toolbox ini, kerja quilling aku menjadi semakin meriah.

Tiada dalam gambar ialah, mesin mengisar kertas atau pun shredder, sebab... aku tumpang opis punya ja. Hihiii, belum mapu nak beli sendiri. Hendak cari yang mini shredder tu, tapi taktau tang mana nak beli. Siapa ada, mehla jual kat aku satu.


Antara bunga quilling yang gemar dibuat walaupun aku tak suka pada bunga. Semuanya aku belajar daripada kakLin. Banyak jasanya blog kakLin tu. Walaupun tidak secantik dan sekemas dia, aku redah ja. Hahaaa. 

Bila sudah banyak-banyak, jadi seronok.

1- Paling suka buat dan paling rumit, salah pegang terlepas. Pastu memang ke tong sampah. Stres. Ngehehehe, guna Slotted Quilling Tool.

2 dan 4- Gunakan sikat, macam mana? blog kakLin ada tutornya. Aku buat tibai ja. Hahaaa. Tu la tak semenggah mana. Oklah jugak.

3 dan 5- Sama macam yang pertama, guna Slotted Quilling Tool sahaja. Paling mudah dan ringkas.

Jom kita berquilling. Hihiiii... Itu sahaja yang biasa aku guna untuk edisi ber'quilling'. Di rumah tak boleh struggle sangat, pasal ramai assistant. 

Monday, August 6, 2012

Kad Raya Quilling.

Ehehehe, kad raya yang kali ini istimewa sikit. Sebab, penerimanya merupakan orang Quilling juga. Walaupun semuanya dia belajar daripada aku, tapi dia lebih tekun untuk improve bentuk-bentuk yang lain pula, quilling bentuk binatang adalah kepakaran dia.

Katanya, dia pun hendak kad raya quilling versi aku juga. Tidak kirala bentuk apa sekali pun. Makanya, untuk anak didik, acceh. Ini sahaja aku dapat beri untuk buat dia gembira.


Aku mengambil langkah buat lain daripada yang lain. Mana ada kad raya yang ada gambar penuh begini di pasaran? siap ada nama penerima lagi tau. Hahahaaa. Bila aku dah menurun memang nahaslah. Semua aku bubuh. Semua menda aku hendak imagine. Jadi atau tidak, belakang kira.

Lemang, ketupat, masjid, pelita gambar paling dekat dengan hari raya. Terbayang juga hendak buat sebiji rumah kayu berkelilingkan pelita, tapiii hendak buat rumah quilling tu... erk, pengsan.

Macam ni pun, Mazerah sudah suka. Kan Maz kan?

NotaOren: Lemang tu, kena improve lagi nampaknya.

Sunday, August 5, 2012

Bookmark untuk cikZila.

Tidaklah susah mana pun hendak membuatnya. Sambil menantikan kehadiran Slotted Quilling Paper Tool yang telah diorder daripada kakLin, sempat juga aku siapkan dua keping penanda buku untuk cikZila, sibuk sangat mahu penanda buku.

Simple je.


Tema bunga, adalah sangat sesuai dengan peribadi dirinya, lemah lembut, sopan santun, penyayang, pendengar setia, sahabat sejati dan sentiasa manis. Tali penanda buku tu pun aku tibai guna kertas shredder je. Hahaa. Pemalas.


Zila suka merah jambu dan ungu. Pandai-pandai sendiri aku hendak adun dua warna yang lebih ke arah kewanitaan ini. Batang pokok bunga, memang aku selalu gagal hendak buat, jadi bubuh je batang mancis yang telah diwarna warnikan ni. Asal jadi sudah.

Ahaaa, abjad nama Zila tu pun aku baru je terfikir untuk buat. Heheee. Bolehla.


Just for my special sweet and cute friend. Dua keping, dua versi satu tema yang sama. Bunga.

NotaOren: Agak-agak, dah boleh buka untuk order tak? hihiii.

Thursday, August 2, 2012

Memperkenalkan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Eh? skema tiba-tiba. 

Renovate blog art ni, sayang hendak delete jadi kena terus gunakan walaupun Giveaway dan Contestnya entah ke mana. Lepas ni kena adil dan saksama. Hahahaaa.

Tiba-tiba rasa teruja, kerana blog yang selama ini menjadi admirer kini berstatus kawan kepada blogoren. Suka-suka. Hari-hari aku terjah melihat hasil seni kakLin yang sangat halus. Orang lama berbidangkan seni, tangan pun dah jadi halus, lembut dan hanya memegang barang-barang seni. Tehehe.

Tidaklah macam mak orang ni ha, baru hendak berjinak. Sibuklah mengemaskinikan blogOren milik Auni pada asalnya ini kepada blog seni juga. Almaklumlah mak orang ni langsung tidak simpan atau buat pendua kad-kad yang telah dihantar kepada kawan-kawan makanya aplikasikanla blogOren ini sebaik-baiklah. Boleh kenang-kenangkan hobi dan kenangan yang satu ini.

Jadi, bersih sikitkan blogOren ni? segan bila orang lama atau mentor datang rumah, rumah bersepah. Jadi, kemaskinikanlah sedikit, mana tahu lepas ni boleh terus aktif berkarya. Eheh!


Terima kasih kakLin sudi jadi pengikut blogOren yang tidak ternama tapi agak terkenalla juga, fasal selalu join contest tak menang. Ngehehe.


Jom tengok apa yang kawan-kawan berkenan ada di sana: http://azlina-lin.blogspot.com/

NotaOren: Gigih berkarya.

Thursday, July 26, 2012

Kad Ulangtahun Kelahiran.

Untuk kakak paling sporting: kakAzi

Sekarang mood gila berquilling. Inilah hasil pertama membuat gubahan bunga banyak-banyak-banyak. Makcik ni kan tak suka bunga. Ahaks.

KakAzi suka warna coklat, mujurlah ada Mazerah menyumbangkan kertas berwarna coklat ni. Hahaa. Kalau tidak haru juga.


Kesukaran membuat batang/dahan, mcm hendak menangis. Saja testing buat banyak-banyak kuntum bunga. Oh, sungguh seni. Ahaks.

Then paling senang ialah menulis bersama Pilot 0.5, wiii... 

Next, satu-satunya kawan lahir bulan Julai: Eija @ Sweetmama @ MamaZaquanZiqry.

Eija, kawan blogger yang banyak kali jumpa. Sekarang ni, macam dah pantang dengar nama Eija, terasa gatal hati nak pergi jumpa dengan dia. Setakat ni, kad yang dia pernah dapat semuanya bahan eksperimen aku. Ngehehe.


Quilling dengan handmade pilot 0.5 dah biasa, pop-card tengok kerajinan, sebab bila salah potong memang payah amat nak repair. Then belum pun tangan jadi lembut dengan quilling dan lain-lain, dah pun gatal belajar buat Spiral Pop-Up Card. Hohooo.

Nampak tak love yang macam spring tu? Hoh! berpeluh ok hendak menjadikan sebegitu rupa. Ini pertama kali buat dah gedik buat bentuk hati. Itula rupanya. Kad beday, dah rupa kad hari kekasih. Bubuh aja. 

Eija sukakan? hahaaa. Happy Birthday kawan...

Bersedia untuk batch Ogos. Hahaa. Gigih!

Monday, June 25, 2012

Ulangtahun kelahiran Jun batch.

Puan Dayana Razmi
Kawan seblok merangkap isteri kepada salah seorang kawan abi. Sebab tu ada puan di pangkal namanya. Tarikh beday dia sangat comel untuk tahun ini. 120612 atau 12612. 


Pop-up card ni on the spot. Pagi itu aku tahu hari ulangtahunnya. Hiii, biasa aku ingat anniversary dia dan suami je. Muka depan Quilling kek, jadila tu kan, kali pertama buat kek quiling. Tu yang sekali imbas serupa, tengok dua kali macam dah tak serupa. 

Selebihnya menggunakan perkhidmatan pilot 0.5 as always. Next...

Kak Jue.
Salah seorang blogger dan rajin membaca aku membebel di bloghijau. Juga pengomen setia aku. Happy birthday kak Jue.


Simple je. Bentuk ini boleh jadi bentuk bunga sebenarnya, kali pertama juga aku membuatnya dengan menggunakan sikat. Konon kek besar lah, untuk kak Jue share dengan keluarga. Hihiii. Next...

Kak Retna.


Kawan blogger juga. Kak Retna adalah antara kawan-kawan terawal sebelum aku ada Auni lagi, sangat support untuk aku terus berblogging. She like red so much. Walaupun merah itu anggun, aku blend juga dgn pink, kasi tidak terlalu tenggelam sangat.

Sebenarnya juga, aku sudah tersalah potong kertas warna hitam tu, muahahaaa, pandai-pandailah hendak tutup kesalahan sendiri kan, tu yang macam kad hari kekasih pun ada. Semuanya gambar sayang. 

Pop-up birthday card for beloved friend, kak Retna. Next... tunggu ulasan daripada empunya diri dahulu baru aku update. Ngeeee. Daaa...

Selamat Hari Ulangtahun kawan-kawan. Siapa punya turn bulan tujuh ni? Hrmmmm... waiting-waiting.

Saturday, June 2, 2012

Ulangtahun kelahiran Mei batch.

For my lovely sister: Kak Lia.


Baru belajar buat bunga patern baru. Siap buat daun, esoknya hendak buat semula, aku sudah lupa. Wahahaaa.
Belajar juga buat batang bunga. Simple tapi cute. Ok makcik sudah perasan ni. Kekee.


Keseluruhan kad. Macam ni je. Aku masih tangan kayu.

Next....

Untuk kawan baru: Kak Nisah Idham.


Tangan keras. Hiii, pertama kali buat pop-up card ni. Berpeluh-peluh. Memerlukan konsentrasi dan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Warna kegemaran aku. Hiiii.
Birthday dia satu hari selepas my special day, wiii. Kami berbintang serupa.


Siap ada salah-salah. Benci sungguh, hendak cancel dah setengah hendak siap. Makanya, teruskan ajalah. Kalau kak Nisah tak suka, boleh request yang lain.

Next...

Untuk kawan sekolah yang paling dekat di hati: Shaadah Roslani ;)


Pop-up card yang ruwet tapi seronok bila melihatnya siap. Aku memang suka buat ucapan menggunakan font handwriting sendiri walaupun senget benget.


Muka depan yang sangat simple. Aku sudah tidak berapa hendak rajin ;)

Kesemua rekaan aku di atas merujuk kepada video tutorial di blog milik kak Lin.


Bila masa lapang, aku menilik satu demi satu hasil kerja tangannya. Memang sungguh mengkagumkan. Terima kasih kak Lin. :D

Saturday, May 19, 2012

Istimewa untuk kawan lama.

Hiii, just for kawan baik aku masa kerja kilang hari tu. Ye, aku pernah kerja kilang semi-conductor. Hari ulangtahunnya jatuh dalam bulan yang sama dengan aku walaupun kami berlainan tahun lahir.

Macam biasalah akula yang tua. Dia muda. Hiii.


Sedapkan? asalnya daripada kalender Subway. Kecur liur aku melihat gambarnya depan mata sedangkan tahun tertulis atasnya 2011. Mangsa korbanla nampaknya.


Macam ni pun boleh je kirim pada dia. Hiii, mood malas-malas kertas pun dah habis. Tulisan lekat tu aku gunting on the spot, tu yang macam tak berapa nak formal sangat.


Bunga quilling yang baru belajar. Tengah berkobar-kobar punya semangat masa ni. Pasu bunga pun korek bentuk yang tak berapa hendak jadi. Oh ya, baru pandai buat batang pokok. Hahaaa.

Macam tak cun sangatkan? Hahaaa. Takpe senget ke, tak comel ke, yang penting hati gembira bila membuatnya.

Selamat Ulangtahun Kelahiran kawan: Watie.

Sunday, May 13, 2012

Quilling birthday card for Along.

Tehehe, tahun lepas macam terlupakan dirinya. Tahun ini, sebagai tanda masih lagi ada terjalin ikatan persaudaraan, dengan takut dan beraninya aku hantar sekeping kad ucapan ulangtahun kelahirannya. Diterima atau tidak, itu terpulang pada dirinya ;)

Kepada: Encik Zaifullnizam bin Wagiran.
Ulangtahun kelahirannya jatuh pada bulan April.


Mudah je, bunga dan rama-rama quilling bersama pasu. Hahaaa. Ucapan tu hanya menggunakan kertas note opis sahaja. Hehe.

Batang dan daun bunga malas hendak quilling, lukis sahaja dengan pensil. Selesai.

Semoga along sihat-sihat sahaja ye.

Sunday, April 22, 2012

Special for Lia.

Ingat sahabat pena aku? Kamalia Talaha? sini ada ceritanya. Sekarang, kita dah jadi sahabat facebook. Duniakan sudah tanpa sempadan :) 

Birthday card for her. Simple. Just an ice-cream for birthday symbols. Tidaklah asyik mahu melukis gambar kek semata-mata. Hahaaa.

Aku kena improve part hand-writing. Failed. Cakar ayam.

Auni paling suka. 'Sklem umi, sklem [aiskrim umi, aiskrim!] siap bunyi slurp-slurp lagi.
Terasa cute pula, macam budak-budak punya kad.

Kad seterusnya ialah, pertama kali buat kad ucapan perkahwinan. Ada ke ek? disebabkan aku ni, macam musatahil je hendak terbang ke Sarawak menghadiri perkahwinannya, maka aku terbangkanlah kad ucapan sahaja. So far, kad ni telah sampai pada Lia, she like it walaupun tersangatlah simplenya. Hahaaa.

 Muka depan, nak buat love yang sangat besar seketul, tapiii macam tak jadi-jadi je. Sudahnya.

 Isi dalam, tulisan tangan je, malas dah mahu berqulling. Miahahaaa.

Two special card for special person :)

Ada siapa-siapa mahu tempah? hahaaa, tapiii aku masih belajar lagi ni.

Saturday, April 21, 2012

Quilling flower for mama Mikhail.

Kali pertama buat qulling bunga banyak macam ni. 

 Istimewa buat mama Mikhail, kak @Eda.
Ulangtahunnya pada bulan April.

Mengambil tutorial daripada http://azlina-lin.blogspot.com/ aku cuba membuatnya.
Uhuh, bagi aku yang baru nak belajar, rumit sungguh membuatnya. Tapi seronok.

Masih belum pandai hendak membuat batang pokok bunga. Hahaaa.

Hopefully mama Mikhail sukakannya. Simple je.

Wednesday, April 11, 2012

Quilling birthday card.

Hiii, kali ini sudah agak gila dengan quilling. Harus meningkatkan prestasi lagi. Budak baru belajar memang macam ni, habis dicuba.

Kad ulangtahun untuk: kak Ieyna [mamaArif Haidar dan Hakeem]
Macam biasa ulangtahun jatuh pada bulan Mac.


Tak boleh fokus dekat-dekat sebab tak kemas. Potong kertas guna pisau dan pembaris sahaja. Tapi lepas siap batch pisau pembaris ni, aku potong guna shredder kat opis. Hahahaa. Puas hati aku. Batch shredder belum mula lagi. Hihiii!

Matang sikitla, walaupun bunga dengan pasu je kan. Beginnerla. Hope tuan punya badan suka. Hihiii!

Handmade birthday card.


Kepada: Yasturainee Izma.
Ulangtahun kelahirannya jatuh pada bulan Januari. Hahahaaaa.


Next kepada: Siti Zuraidah.
Ulangtahun kelahirannya jatuh pada bulan Februari.


Kepada: Ziela.
Ulangtahun kelahirannya jatuh pada bulan Mac.


Masa buat kad ni, belum gila qulling lagi. So, all pun just pen dakwat basah dan kertas warna. Biasalah photo dengan Nokia E66. Canon Ixus dah tenggelam dalam minyak geliga. Hahahaaa!

Mari layan lagi. Batch ulangtahun bulan Mac yang aku sempat hendak buat. Kadnya pun baru sahaja pos pada tuan punya badan, kalau tidak sampai sila beritahu ye. Aku buat yang lain nanti :D

Kepada: Eima. [mama Fahim dengan Alisha]
Muka depan, simple dan tidak ada idea sangat. Hahahaaa. Bolehlakan Eima, aku main gunting tampal aja. Warna purple dengan kuning, bila snap guna Nokia E66, gitula jadinya.


Kali ni, mengorek skill pop-up card konon-konon. Siap ada basket muffin lagi sebab tak gemarkan bunga. Terasa comel lak. Harap-harap sampaila pada tuan punya badan. Kalau tidak sampai, kena buat lainlah nampaknya. Hewhewhew.


Kali kedua buat pop-up card. Super susah, salah potong habis kertas. Ngeee, tapiii tak buang, sebab boleh recycle buat kad lain pula. :D

Suka art.

Saturday, March 17, 2012

Card for ibu Aqil.

Huweee. Oleh kerana kadnya pun sudah sampai direct ke tangan penerima, wajarlah aku publish hasil seni yang tidak seberapa buat teman istimewa yang jauh dimata tapi sentiasa di hati.

Actually dah siap letak alamat dan isi borang pos laju pun, malangnya asyik tidak sempat untuk ke pejabat pos. Muahahaaa. Ok layan. 

 Material: Recycle kotak Big Apple. Hihiii. 

Very the comot. Oh, memang sengaja dicomotkan. Ala-ala filem lama la kot. Pengikatnya pun guna kertas pembalut hadiah kitar semula juga. Muahahaaa.

 Just for ibu Aqil, harap dia suka. Aku cuba membuat aneka bentuk quilling selain bunga. Hihiii, jadi tak? okla tu beginner.

Kelam pulak gambar ni. Hahaaa, aku kena belajar cemana nak ambil or edit gambar dengan tangan tidak menggigil. Pakinson betul. 

Ada lolipop, ada bintang yang tidak berapa nak jadi. Hahaaa. Jadi bahan eksperimen kad untuk ibu Aqil ni. Bolehla tu nak melembutkan tangan kembali suka seni.

Untuk teman tersayang. Saya suka art, saya suka kamu. Hihiii.