Saturday, June 2, 2012

Ulangtahun kelahiran Mei batch.

For my lovely sister: Kak Lia.


Baru belajar buat bunga patern baru. Siap buat daun, esoknya hendak buat semula, aku sudah lupa. Wahahaaa.
Belajar juga buat batang bunga. Simple tapi cute. Ok makcik sudah perasan ni. Kekee.


Keseluruhan kad. Macam ni je. Aku masih tangan kayu.

Next....

Untuk kawan baru: Kak Nisah Idham.


Tangan keras. Hiii, pertama kali buat pop-up card ni. Berpeluh-peluh. Memerlukan konsentrasi dan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Warna kegemaran aku. Hiiii.
Birthday dia satu hari selepas my special day, wiii. Kami berbintang serupa.


Siap ada salah-salah. Benci sungguh, hendak cancel dah setengah hendak siap. Makanya, teruskan ajalah. Kalau kak Nisah tak suka, boleh request yang lain.

Next...

Untuk kawan sekolah yang paling dekat di hati: Shaadah Roslani ;)


Pop-up card yang ruwet tapi seronok bila melihatnya siap. Aku memang suka buat ucapan menggunakan font handwriting sendiri walaupun senget benget.


Muka depan yang sangat simple. Aku sudah tidak berapa hendak rajin ;)

Kesemua rekaan aku di atas merujuk kepada video tutorial di blog milik kak Lin.


Bila masa lapang, aku menilik satu demi satu hasil kerja tangannya. Memang sungguh mengkagumkan. Terima kasih kak Lin. :D

3 comments:

fazilzura said...

dh lama x wst kad pop out ni ..

ch@ said...

fazilzura:
sampai skrg kita tak terrer2. hahaaa, skali hendak buat, time tu jugalah salah potong. nyampah.

Anonymous said...

Mujur ada blog. boleh aku tgk kad tu..sedih tgk surat sampai kad dah lencun kena air hujan. terima kasih daun keladi sbb susah payah buat & ingat lg besday aku tu..

xoxo.

adah