Monday, August 6, 2012

Kad Raya Quilling.

Ehehehe, kad raya yang kali ini istimewa sikit. Sebab, penerimanya merupakan orang Quilling juga. Walaupun semuanya dia belajar daripada aku, tapi dia lebih tekun untuk improve bentuk-bentuk yang lain pula, quilling bentuk binatang adalah kepakaran dia.

Katanya, dia pun hendak kad raya quilling versi aku juga. Tidak kirala bentuk apa sekali pun. Makanya, untuk anak didik, acceh. Ini sahaja aku dapat beri untuk buat dia gembira.


Aku mengambil langkah buat lain daripada yang lain. Mana ada kad raya yang ada gambar penuh begini di pasaran? siap ada nama penerima lagi tau. Hahahaaa. Bila aku dah menurun memang nahaslah. Semua aku bubuh. Semua menda aku hendak imagine. Jadi atau tidak, belakang kira.

Lemang, ketupat, masjid, pelita gambar paling dekat dengan hari raya. Terbayang juga hendak buat sebiji rumah kayu berkelilingkan pelita, tapiii hendak buat rumah quilling tu... erk, pengsan.

Macam ni pun, Mazerah sudah suka. Kan Maz kan?

NotaOren: Lemang tu, kena improve lagi nampaknya.

4 comments:

♥cikmOt♥ said...

akak dah terima kad raya dari cha...ritu nak bitau tak sempat...

cantik...boleh saya jadi anak didik kamu dik...hehehe...nak belajar jugak

Anum said...

cantiknya

AzuraFazil DIN said...

cun2

ch@ said...

cikMot:
meh blaja meh.

Anum, AzuraFazil Din:
tq ;)