Monday, January 23, 2012

Handmade Scrapbook.

Wiii, just for you my kids, Oni and Aie aka Vanila Coklat.

Bermula sebuah perjalanan kehidupan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki setakat tahun 2012 ;)

Segala peralatan dan bahan yang digunakan. Tiada dalam gambar kotak hadiah daripada kawan abi. Tidak teringat untuk ambil gambar sebelum punah dipotong.

Siapla ada salah-salah, benci betul. Font huru-hara, rumi, jawi dan angka. Minta maaf jika tidak memenuhi piawaian. Hanya untuk simpanan emak kepada Oni dan Aie. Eheheee.

Oni punya umi tidak teringat langsung hendak simpan. Maaf. Untuk Aie, jangan cuba-cuba nak korek keluarkan ye. Kalau ada Oni punya, pening juga nak susun sebab panjang.

Oni kecil, Oni kuat. Teruja bila pertama kali melihatnya walaupun tidak faham satu apa pun.

Hai anak lelaki umi. Walaupun tidak dapat kertas seperti kakak Oni, kamu tetap ada di dalam buku comel umi ini :) Comelkan?

Tag nama. Aie punya tu macam dan kena air, mungkin kakak Oni yang buat main. Hospital yang sama cuma berlainan bangunan. Oni, masih lagi bangunan lama manakala Aie sudah berada di bangunan baru.

Apa ni??? haaa ni tali pusat. Paling susah nak abadikan dalam buku. Mulanya ingat nak buat dalam kotak, kotak dah jadi, kakak Oni pergi cabut, habis smua quilling. Sudahnya buat balik semula, macam ni je. Cantik pula bila dah siap. 
Esok-esok siapa degil-degil, kasi rendam dalam air dan suruh minum, ehehehe... acah je. 

Ye, masih ada. Masih ada juga ruang kosong. Masa pregnantkan Aie hari tu, hospital dah tercicirkan kad janjitemu untuk Aie punya. Sampai discharge ianya masih tidak dijumpai. Mujur, tidak dilekatkan bersama kad Oni, kalau tidak semuanya lesap. 
Aie jangan risau, kad janjitemu ni, tetap ada tapiii untuk tarikh yang paling terkini sahajala :D sama je.

Kad ini sangat penting bagi umi. Umi kena sentiasa update dengan abi fasal, abi yang akan biayai bayarannya. Umi mampu tetapi umi sudah ambil bahagian membayar pengasuh Oni dan Aie.
Membesar dengan sihat ye, jangan sedih-sedih.

Muka hadapan buku skrap Oni dan Aie. Gambar daripada kotak baju Aie. Ada plastik cover skali pun daripada kotak yang sama. Mulanya, sudah hendak ke bakul sampah, tapiii sayang bila tengok kucing dengan tikus tu. Oni pun kata comel. Ambil semula dan guna pakai.

Habis sudah. 

Inilah buku skrap buatan tangan sebuah permulaan perjalanan Oni dan Aie. Umi rasa sangat gembira sebab dapat menyiapkannya. Walaupun tidak secantik fotobook akan tetapi boleh sahajalah.

Esok-esok ada lagi penambahan, tinggal tambah sahaja dan modified sedikit. Lebih mudah. :) 

Bila dah siap cantik la pulak. Hahaaa, rasa nak tengok hari-hari.