Monday, August 6, 2012

Kad Raya Quilling.

Ehehehe, kad raya yang kali ini istimewa sikit. Sebab, penerimanya merupakan orang Quilling juga. Walaupun semuanya dia belajar daripada aku, tapi dia lebih tekun untuk improve bentuk-bentuk yang lain pula, quilling bentuk binatang adalah kepakaran dia.

Katanya, dia pun hendak kad raya quilling versi aku juga. Tidak kirala bentuk apa sekali pun. Makanya, untuk anak didik, acceh. Ini sahaja aku dapat beri untuk buat dia gembira.


Aku mengambil langkah buat lain daripada yang lain. Mana ada kad raya yang ada gambar penuh begini di pasaran? siap ada nama penerima lagi tau. Hahahaaa. Bila aku dah menurun memang nahaslah. Semua aku bubuh. Semua menda aku hendak imagine. Jadi atau tidak, belakang kira.

Lemang, ketupat, masjid, pelita gambar paling dekat dengan hari raya. Terbayang juga hendak buat sebiji rumah kayu berkelilingkan pelita, tapiii hendak buat rumah quilling tu... erk, pengsan.

Macam ni pun, Mazerah sudah suka. Kan Maz kan?

NotaOren: Lemang tu, kena improve lagi nampaknya.

Sunday, August 5, 2012

Bookmark untuk cikZila.

Tidaklah susah mana pun hendak membuatnya. Sambil menantikan kehadiran Slotted Quilling Paper Tool yang telah diorder daripada kakLin, sempat juga aku siapkan dua keping penanda buku untuk cikZila, sibuk sangat mahu penanda buku.

Simple je.


Tema bunga, adalah sangat sesuai dengan peribadi dirinya, lemah lembut, sopan santun, penyayang, pendengar setia, sahabat sejati dan sentiasa manis. Tali penanda buku tu pun aku tibai guna kertas shredder je. Hahaa. Pemalas.


Zila suka merah jambu dan ungu. Pandai-pandai sendiri aku hendak adun dua warna yang lebih ke arah kewanitaan ini. Batang pokok bunga, memang aku selalu gagal hendak buat, jadi bubuh je batang mancis yang telah diwarna warnikan ni. Asal jadi sudah.

Ahaaa, abjad nama Zila tu pun aku baru je terfikir untuk buat. Heheee. Bolehla.


Just for my special sweet and cute friend. Dua keping, dua versi satu tema yang sama. Bunga.

NotaOren: Agak-agak, dah boleh buka untuk order tak? hihiii.

Thursday, August 2, 2012

Memperkenalkan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Eh? skema tiba-tiba. 

Renovate blog art ni, sayang hendak delete jadi kena terus gunakan walaupun Giveaway dan Contestnya entah ke mana. Lepas ni kena adil dan saksama. Hahahaaa.

Tiba-tiba rasa teruja, kerana blog yang selama ini menjadi admirer kini berstatus kawan kepada blogoren. Suka-suka. Hari-hari aku terjah melihat hasil seni kakLin yang sangat halus. Orang lama berbidangkan seni, tangan pun dah jadi halus, lembut dan hanya memegang barang-barang seni. Tehehe.

Tidaklah macam mak orang ni ha, baru hendak berjinak. Sibuklah mengemaskinikan blogOren milik Auni pada asalnya ini kepada blog seni juga. Almaklumlah mak orang ni langsung tidak simpan atau buat pendua kad-kad yang telah dihantar kepada kawan-kawan makanya aplikasikanla blogOren ini sebaik-baiklah. Boleh kenang-kenangkan hobi dan kenangan yang satu ini.

Jadi, bersih sikitkan blogOren ni? segan bila orang lama atau mentor datang rumah, rumah bersepah. Jadi, kemaskinikanlah sedikit, mana tahu lepas ni boleh terus aktif berkarya. Eheh!


Terima kasih kakLin sudi jadi pengikut blogOren yang tidak ternama tapi agak terkenalla juga, fasal selalu join contest tak menang. Ngehehe.


Jom tengok apa yang kawan-kawan berkenan ada di sana: http://azlina-lin.blogspot.com/

NotaOren: Gigih berkarya.