Thursday, December 26, 2013

Birthday Card Manchester United Theme.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Panjang pula tajuknya. Aku ialah salah seorang peminat MU Club, dulula. Sekarang minat suam-suam kuku je, hihii.

Kali pertama aku buat kad temanya bola, meligan kepala mikirkan apa yang patut ada dalam sekeping kad yang bertemakan bola sepak. Hasilnya...

Sedikit lebih kurang design baju tu kan. Paling payah nak buat ialah sang bola tu, nampak je senang. Dua tiga biji gak rejected, sebab tidak cantik.

 Kasut ciptaan sendiri, muahaha. sesuka hati I je kan. Puan Siti Baizura mahu tulis ucapan sendiri, tulis dalam padang tu. Lawa gak kan....? kuikuikui.

Terima kasih puan Siti Baizura.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. 
Jumpa di sana ;)

Wednesday, December 25, 2013

Quilling Fridge Magnets untuk Bonda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur bondaAisy suka fm simple ni. Aku, kalau diminta buatkan fm yang lebih daripada lima, mulalah menggelabah. Memang aku bubuh satu kuntum bunga sahajalah. Bukan kedekut mahupun malas, cuma aku lebih suka yang ringkas sahaja. Apatah lagi untuk diberi kepada kanak-kanak.




20 keping fm untuk anakanda di Bonda Aisy Learning Home. Bonda telah pun menempah 100 keping untuk tahun 2014 nanti. In shaa Allah, terima kasih bonda.

Thursday, December 5, 2013

Happy Anniversary.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 




Terima kasih Fiza Abdul Rahman.




Terima kasih Iffa, kawan sekolah yang paling dirindu.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat kalian.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Saturday, November 30, 2013

Warna-warni fridge magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Terima kasih puan Ummi Salmah.

Katanya, hendak beri kepada teman dengan tema facebook. Terima kasih biras, Fizannie.

Untuk biras satu keluarga. Hendak warna yang terang.

Terima kasih kakNida, kakNad, cikIjam, mekChuN dan kakLela.


 Terima kasih puanZiha, paling banyak menempah untuk seisi keluarga.


Terima kasih kakJaja. Harap kakJaja suka sangat bentuk love macam-macam warna ni.


Sebagai cenderahati, terima kasih FizaRahman.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. 
Jumpa di sana ;)

Sunday, November 24, 2013

Selamat Pengantin Baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sahaja, cuba membuatnya. Kriteria daripada pelanggan sendiri. Selamat Pengantin Baru buat kalian semua :)

Sekeping kad sahaja, dilekat luar kotak hadiah. 

 Love the green love.

 Simple.

 Quilling love sebelah dalam. Sangat simple.

Terima kasih puan Ummi dan puan Edzna, team PERKEP.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. 
Jumpa di sana ;)

Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sebiji kek untuk suami puan Dyla,

Beberapa kotak hadiah bersama beberapa perenggan doa daripada seorang isteri untuk suami. 

Jenuh jugala aku hendak adjust tulisan tu, hendak bertulis sangatkan. Ihiks....

Next,

Tiga biji muffin untuk suami Sue,

Campur lagi sebiji yang istimewa, pop-up sebelah dalam tanda pemberian istimewa.


Tiada ucapan kerana isteri hendak tulis sendiri, ikhlas dari hati.

Terima kasih puan Dyla dan Sue Jemah.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. 
Jumpa di sana ;)

Monday, October 28, 2013

Penanda buku Quilling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Simple macam biasa. Muehehe.





30pcs untuk diletak dalam goodies bag sempena birthday.
Terima kasih Lya Afrina.

Next order,



14pcs sebagai cenderahati untuk anak-anak pra-sekolah.
Terima kasih sis Ya Alya. 

Dan macam biasa juga, setiap satunya adalah berbeza. 99% buatan tangan. Owh! harganya sekitar RM1.50 hingga RM3.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Quilling Frame Family.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Baru belajar hendak buat. Bubuh nama sendiri lagi, muahaha. Alhamdulillah sampai ke tuan yang sepatutnya. Payah juga hendak buat Quilling Frame ni, namun ku redah saja.





Harga yang di atas RM20-RM25

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Friday, October 18, 2013

Koleksi Quilling fridge magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Fuh! sangat sibuk sehingga terabai blogoren ini. Ok, aku hanya tempek gambar sahajalah sebab kesemuanya sudah pun selamat sampai ke destinasi.


 Pokok keluarga.





 Hati keluarga.

Harganya sekitar RM6 hingga RM15 bergantung kepada permintaan. Ok, nanti sambung lagi. Banyak betul gambar ni, adehs! Daaa...

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Saturday, September 21, 2013

Kad ulangtahun kelahiran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Wah, dah nak masuk bulan Oktober baru nak update, ahahaha. Nasibla labu. Simple dan tiada quilling. Batch September belum sempat buat berikutan banyak tempahan fm berquilling yang belum juga sempat berupload, ayooo...


Alang-alang kad ulangtahun, upload sekali koleksi kad ulangtahun yang telah ditempah oleh seorang kawan PERKEP, untuk orang-orang istimewa katanya 10 keping ko...semua hendak quilling. Kebetulan tiga askar aku demam serentak, OMG rasa nak duduk gua sekejap. 



RM3 sekeping.

Nampak senang tetapi dengan keadaan masa tu, memang tidak berapa memberi penumpuan sangatlah. Gam pun main aci redah sahaja. Sudah selamat sampai ke tuannya. Alhamdulillah mereka suka dan berpuas hati. Terima kasih kawan-kawan.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)