Tuesday, May 28, 2013

Khat Kufi Murabba' Quilling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak tahu untuk kata, sudah siapkan permintaan seorang teman, teman karib. Katanya mahu letak sebagai hiasan dinding, tapiii... aku masih lagi baru belajar membuat quilling, dia mahukan juga hasil karya daripada aku. Bukan orang lain. Hrmmm... termenung kejap, mikir.

Aku mencuba juga walaupun hasilnya aku tidak tahu. Ini pun, baru sahaja sekerat. Framenya...aku buntu. Bagaimana aku hendak gayakan. Guna frame sedia ada, tapi...quilling ni timbul bukan seperti gambar biasa. Ergh!, buat sendiri. Alaaa, belum pandai lagi hendak buat. Tolong-tolong! bagi idea.

Barangsiapa sudi meninggalkan buah fikiran, sangat dialu-alukan. Hihiks. Minta maaf juga, kiranya tidak memenuhi piawaian standard seni khat.

Masih perlu diperbaiki mutunya. Karya pertama kali.

ALLAH swt

MUHAMMAD saw
 Aku budak baru belajar, buat huruf pun aku tidak pernah lagi. Sobs!

Ini tulisan yang menjadi rujukan.

Sangat banyak yang perlu dipelajari. Aku mahu juga hasilkan banyak lelengkuk untuk hiasan dalam border tu. Alahaiii, anak-anakku...Belajar-belajar-belajar.

8 comments:

Nad MamaZN said...

Cantek & kretif
Xpenah terpikir quilling pun bleh buat khat

Pendapat peribadi, dah tentu beza ngan org lain kan?
Harap sudi terima dgn hati terbuka

Kak nad suka kalau takde border berbunga tu
Kalau guna 1 kaler je cemane agaknya ye?
Dah wat eksperimen?
Rasa lagi kemas kot

Lg sekali, pendapat peribadi :)

ch@ said...

kakNad:
Ok kakNad, komenmu sgt membina. hari tu buat tanpa shredder, so bimbang kertas tak cukup, so blendkan warna. Now, dah ada shredder boleh buat utk projek akan datang. Border tu kan, hahaa...saje ngade nak buat. kahkahkah.

Fizah said...

ahaa jgn tanya..tak kreatip bab ni..tp tgk mcm dah ok jek...frame mana yg tak kena tu? yg bunga tu mcm cun je..ke guane

ok tak membantu sgt...cuma nk bg semangat je! chaiyok cha!! ;D

Masya said...

akhirnya, kan dah kata cha buat quilling untuk hiasan dinding mesti cantik ... blh buat khafi ni mmg dah cantik sgt cha..

setuju dgn nad.. border tu buat nampak sarat sgt.. huruf khat 2 warna mmg cantik .. ikut permintaan yg order.. tapi jgn campur banyak warna.. kalau nak atas.. dgn bawah warna lain itu pun dah okk...

frame yang sesuai memang kene tempah ni .. tak bleh buat sendiri .. kalau buat sendiri guna plastik jerlah kotkan.. sebab tulisan tu timbul ... guna plastik meja yang keras tu .. tp agak mencabar kalau nak buat sendiri

Orked said...

cantik cha..kreatif sungguh kamu

ch@ said...

Fizah:
dah, jgn paksa diri plak. kata je la cantik. kahkahkah. thanks Fizah.

kakYana:
boleh nak frame tapi buang cerminnya. hahaa, mampu?

Orked:
thank u kak. simple je ni.

noor hasniza khalid said...

salam,,kat mana saya boleh beli set quilling ni ea?

ch@ said...

noor hasniza:
salam kembali, boleh dapatkan di link bawah,

http://craftydivassecret.blogspot.com/
absweeties@yahoo.com or sms 013-309 8464.

atau

http://azlina-lin.blogspot.com/
inaabdul_21@yahoo.com

harap dapat membantu :)