Thursday, June 6, 2013

Quilling bermagnet.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali aku membuatnya, quilling disusun ala penanda buku, dilekat atas magnet. Disebabkan pertama kali buat, teruja tu seperti biasalah. Disebabkan Auni dan Adli merosakkan gambar bermagnet, habis dikoyak gambar hanya tinggal magnetnya sahaja, maka aku aplikasikan pula pada quilling, hahaa. Aku memang suka benda-benda kitar semula ni. Jimat.

Setakat ni, dua bentuk ini sahaja yang aku gemar buat. Hasil belajar daripada blog kakLin.

Berpeluh juga hendak membentuk tulisan nama tu. But, it's ok practice make perfect.

Saiz ni kecil je sebenarnya, biasalah kuasa photoscape nampak kebesarannya.

Harap cikMot suka, dia seorang peminat tegar dengan Fridge Magnet. Siapa hendak swap dengan dia, sila rodger ke dia ye. [http://h-n-i.blogspot.com/]

No comments: