Saturday, July 13, 2013

Aidilfitri 2013.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan dengan gigih tepat pada 1 Ramadhan lalu. 50 keping kad hari raya buatan tangan sendiri telah selamat di pos kan dengan rasa gembira. Sebagaimana tahun 2012, kad hari raya hasil dorongan suami dibuat dengan rasa kasih dan sayang. Acceh!

Lebih comel dan lebih ringkas. Ala-ala bookmark. Ye, aku memang suka buat ikut hati sendiri, disebabkan itu 50 keping ini tiada satu pun yang sama, muehehe. Kad raya ala penanda buku berquilling.





Bila tengok lambakan ni, rasa semuanya pun cantik, muehehe perasan. Ramai yang bertanya tentang harganya, aku simple je...sila email ke nsahida@gmail.com hikhikhik. Aku kenakan serendah RM 1.50 dan ke atas dalam kurungan boleh runding. 

Aku memang suka versi penanda buku, entahlah mungkin mudah untuk disimpan. Kebanyakan rakan-rakan aku yang menerima mereka lebih suka menampalnya di noteboard membuatkan aku mengeluarkan satu lagi produk baru, cewah! quilling flower bermagnet. Entry akan datang aku cerita.

Tahun ini, Aidilfitri aku sambut dengan cahaya mata ke-tiga, cahaya petunjuk rezeki yang sudah pun mula hendak mulakan langkah pertamanya. Jom ikuti kisah askar-askar aku di Diari Umi: http://hijaucantik.blogspot.com.

No comments: