Tuesday, August 27, 2013

Kad perpisahan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pop-up dan quilling. Kesan daripada aku post gambar kad ulangtahun kelahiran yang lepas, seorang kawan berminat untuk order serupa. Bezanya, bukan untuk ulangtahun kelahiran tetapi kad untuk bekas bosnya, kad perpisahan.

Fikir punya fikir, design apa yang cun tiba-tiba teringatkan design kad kakLin. Pinjam idea kakLin sikit. Ihiks. Gigih jugalah hendak buat, lagi-lagi tang pop-up tengah-tengah tu, habis idea, masa lagi. Dengan anak-anak lagi, aduhaiii. Tabahkan jiwa.

Sudah pun sampai ke tuannya, dia puan Dahlia order lagi sepuluh keping kad hari ulangtahun untuk kawan-kawannya. Sampai ke hari ni, belum habis di quilling lagi. Dia mahukan quilling tu. Aku sibuk menguruskan anak-anak yang demam seorang demi seorang. Phew!

Alaaa, blur pula bunga ni, berguna juga kertas daripada penebuk lubang.

 Katanya, dia mahu tulis nota sendiri makanya, ku biarkan kosong sahaja.

Tidak seberapa, tapi aku suka.

Dia hendak quilling, kita bagi quilling. Ihiks.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

2 comments:

Sweetmama said...

wow..cantik..sejambak bunga ditengah2..

ch@ said...

KakEija:
Tq ;)