Thursday, August 1, 2013

Quilling di meja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Suka hati-suka hati, bereksperimentasi lagi. Kali ini aku memang menggigih tak hengat berquilling, kuikuikui. Sebenarnya, aku hendakkan bunga lepas tu dengan batang dan daun yang menjalar-jalar. Tapi, setelah ditunggang terbalikkan kad nan tersebut dengan kesimpulannya tangan aku memang kayu, makanya apa yang jadi sajalah.

Walaaa, terlebih cahaya pula.

Mencabar juga nak membentuk. Memang sengaja tidak seragam. 

Paling, comel tapi adoiii mengantuk. Berapa kali masuk plastik sampah namun, untuk kawan redah sajalah. Entah burung, entah itik, ke anak itik...mana-mana pun boleh. 

Wajah keseluruhan, haaa...meriah colournya. Boleh la, tuan punya pun suka. 

Puan Ummi, isteri kepada pegawai polis dua paku, seorang bisneswoman punya branding sendiri. Pemilik product AQASIA, untuk menguruskan badan. Aku memang tidaklah.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

Assalamualaikum
Salam ramadhan ke 23
singgah sini pagi ni :)

fazilzura said...

wahh cantik nyeeeee


ch@ said...

Nurzakiah Hanum- terima kasih sudi jenguk blogoren ni.

Fazilzura- zura lg kretif.