Friday, February 8, 2013

Thursday, February 7, 2013

Diary sahaja.

Sudah jadi surirumah sepenuh masa, masa untuk art adalah terhad, selebihnya masa dibahagikan antara anak 3, seorang suami dan sebuah rumah yang boleh tahan besarnya. Baru sahaja melangkah untuk buka buku art, menurun sudah ada yang mengekori, sabar je la.

Janggal rasanya pabila hari istimewa kawan-kawan tiada kad yang sampai kepada mereka, biasanya aku hantar juga meski tangan sukar dilentur. Jadinya, untuk kesempatan yang ada, hanya ini aku dapat lukiskan tanda ingatan hanya dalam diary. Tanda dihargai. InsyaALLAH.

Aku conteng di atas mesin pencuci pakaian sewaktu sedang menanti ikan digoreng.

Sudah lama aku prepare, khas untuk suami tersayang.

Kena cari masa untuk memulakan balik semula, jemari sudah naik kematu dek buat kerja rumah, mop lantai, menyapu, angkat, tolak, ubah sana-ubah sini. Huhuuu... Rindunya hendak berquilling. Abi, belikan shredder. Hahaa.

Siapa yang teringin hendak hasil tangan aku ni, bolehla mendapatkan khidmat. InsyaALLAH, aku cuba buat yang paling simple dan menarik dan cun. Setiap satunya jarang ada yang sama. Hihiii. Santai je ye.