Tuesday, May 28, 2013

Khat Kufi Murabba' Quilling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak tahu untuk kata, sudah siapkan permintaan seorang teman, teman karib. Katanya mahu letak sebagai hiasan dinding, tapiii... aku masih lagi baru belajar membuat quilling, dia mahukan juga hasil karya daripada aku. Bukan orang lain. Hrmmm... termenung kejap, mikir.

Aku mencuba juga walaupun hasilnya aku tidak tahu. Ini pun, baru sahaja sekerat. Framenya...aku buntu. Bagaimana aku hendak gayakan. Guna frame sedia ada, tapi...quilling ni timbul bukan seperti gambar biasa. Ergh!, buat sendiri. Alaaa, belum pandai lagi hendak buat. Tolong-tolong! bagi idea.

Barangsiapa sudi meninggalkan buah fikiran, sangat dialu-alukan. Hihiks. Minta maaf juga, kiranya tidak memenuhi piawaian standard seni khat.

Masih perlu diperbaiki mutunya. Karya pertama kali.

ALLAH swt

MUHAMMAD saw
 Aku budak baru belajar, buat huruf pun aku tidak pernah lagi. Sobs!

Ini tulisan yang menjadi rujukan.

Sangat banyak yang perlu dipelajari. Aku mahu juga hasilkan banyak lelengkuk untuk hiasan dalam border tu. Alahaiii, anak-anakku...Belajar-belajar-belajar.

Thursday, May 23, 2013

Giliran Februari dan Mac.

Baru jumpa gambarnya jadi sempat lagi hendak diletak sebagai kenang-kenangan. Ada rupanya aku abadikan sebelum masuk sampul. Lupala, banyak sangat hendak fikir. Alasan.





Nota oren: Kena simpan duit lagi ni. Isk! Banyak lagi kena belajar.

Friday, May 17, 2013

Penanda buku berquilling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali pertama seseorang telah mintakan aku membuat, penanda buku berquilling untuk Majlis Aqiqah. Terharu dan teruja. Simple sahaja kerana kali pertama aku mengejar tarikh akhir pesanan. Syukur, dia suka.





Terima kasih Nurul Shuhada. Semoga perjalanan majlis berjalan dengan sempurna.

Giliran April.

Simple je, ala-ala penanda buku.




Quilling burung tu, haish! kali pertama buat. Bulan Mac tiada gambar, sebab sudah masuk sampul baru teringat. Isk-isk-isk.

Wednesday, May 1, 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO.


Kufi Art Promotion Poster

Sangat menarik. Seni Khat, salah satu kegemaran aku. Jom kawan-kawan.

Yana dan kakNad jom joint.