Wednesday, July 31, 2013

Untuk yang istimewa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sekeping kad, panjang-panjangkan persahabatan. 

 Kad daripada lebihan kad-kad. Susun seperti kuih lapis.

Percubaan membuat aiskrim, muehehe.

 Macam biasa, orang tiada printer...handmade.

Selamat tiba ke destinasinya :)

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Sekeping kad hari ulangtahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Quilling. Aku memang suka buat kad yang betul-betul hanya sekeping. Entahlah, simple agaknya. Bagi aku apa yang penting, orang yang menerimanya gembira. 

Semua kasi lekat. Gigih! 

 Yang mahal, handmade tangan sepenuhnya.

Hiks! comelkan?  

Belajar-belajar-belajar, practice make perfect!

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. Handphone cap ayam saja.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Wednesday, July 17, 2013

Quilling Magnet.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, bubuh nama sendiri, tidak tahu hendak panggil apa. But, sejak beberapa minggu lalu sibuk menyiapkan bunga quilling untuk dilekat atas plat magnet. Buat untuk pengomen setia di bloghijau dan sebagai cenderahati untuk kenalan-kenalan terdekat.





Terdapat tiga jenis bentuk bunga dan rama-rama. Dua daripada bentuk bunga dibuat menggunakan sikat quilling selain slotted quilling tool. Kesemuanya belajar daripada kakLin [Lin Handmade Greetings card] Terima kasih kakLin.

Disebabkan belum ada printer, makanya font pun dibuat menggunakan tangan sahaja, muehehe. Gigih. Kena beli printer ni. Ahaks! 

Harganya serendah RM 2 dan ke atas. Emailla saya jika mahu ye. Seawal yang mungkin kerana daku sudah kehabisan stok magnet. Ohohooo.

Saturday, July 13, 2013

Aidilfitri 2013.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan dengan gigih tepat pada 1 Ramadhan lalu. 50 keping kad hari raya buatan tangan sendiri telah selamat di pos kan dengan rasa gembira. Sebagaimana tahun 2012, kad hari raya hasil dorongan suami dibuat dengan rasa kasih dan sayang. Acceh!

Lebih comel dan lebih ringkas. Ala-ala bookmark. Ye, aku memang suka buat ikut hati sendiri, disebabkan itu 50 keping ini tiada satu pun yang sama, muehehe. Kad raya ala penanda buku berquilling.





Bila tengok lambakan ni, rasa semuanya pun cantik, muehehe perasan. Ramai yang bertanya tentang harganya, aku simple je...sila email ke nsahida@gmail.com hikhikhik. Aku kenakan serendah RM 1.50 dan ke atas dalam kurungan boleh runding. 

Aku memang suka versi penanda buku, entahlah mungkin mudah untuk disimpan. Kebanyakan rakan-rakan aku yang menerima mereka lebih suka menampalnya di noteboard membuatkan aku mengeluarkan satu lagi produk baru, cewah! quilling flower bermagnet. Entry akan datang aku cerita.

Tahun ini, Aidilfitri aku sambut dengan cahaya mata ke-tiga, cahaya petunjuk rezeki yang sudah pun mula hendak mulakan langkah pertamanya. Jom ikuti kisah askar-askar aku di Diari Umi: http://hijaucantik.blogspot.com.

Thursday, July 4, 2013

Gadget baru milik saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye, sejak menjadi pengurus rumah tangga semakin lama semakin suka dengan seni kertas. Makanya, sedikit demi sedikit belajar satu persatu membuat, mengumpul, mengaplikasikan idea-idea menarik yang boleh dikongsi. 

Untuk menjadikan kerja lebih mudah, satu-satu peralatan seni daku beli. Yang pertama mini paper shredder, hasil daripada pelanggan pertama menempah kad untuk buah tangan pada hari aqiqah anaknya. Beli dengan kak Aziha baru sahaja menyambut kelahiran baby keduanya. Suka benar membelek blognya crafty diva's yang menyediakan barang-barang art. Sampai aku melabelkannya kedai stationary, muehehe.

Seterusnya, pun daripada blog yang sama aku dapatkan pemotong kertas Fiskars Trimmer, muehehee. Ada lagi ni hajat dihati, tunggu-tunggu.

Mini Paper Shredder. 
Mendapat juga akhirnya.

Fiskars 12" Rotary Paper Trimmer.

Semoga semangat dan kerajinan juga bertambah.

Wednesday, July 3, 2013

Giliran Jun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gigih buat kek dan muffin...ok la tu kan. hehee. Quilling bookmark as birthday card.

Suka pula buat kad ala-ala bookmark ni, mudah, ringkas dan cun, ceh perasan. Nantikan kad raya ala bookmark pula lepas ni, muehehee.

Tuesday, July 2, 2013

Buku Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Asalkan pergi berbelanja, dia minta buku, buku mewarna, buku princess, buku miki mouse, memang sangat mengikuti perangai emak. Emak lebih suka beli buku berbanding beli baju, muehehee. Yang jadi lelahnya, pabila beli buku kesudahannya koyak-koyak-koyak. Bila sudah koyak, bersepah, Arrizqi pula masuk mulut. Haish!

Makanya, emak terfikir untuk buat buku kalis koyak dengan sendirinya. Memang sudah lama menyimpan kertas kotak susu Arrizqi. Susu mahal, harus simpan kotaknya dengan niat buat buku Auni. Buat sama-sama dengan dia sewaktu abi ada di rumah. Arrizqi mana boleh emak melayan orang lain, ada je yang dia berbunyi. Jeles sangat.

Kertas kotak yang dipotong random asalkan sekata. Ditebuk lubang sebelah tepi dan ring untuk binding supaya kertas tidak bersepah. Tahan lasak.

Berguna kotak ni, tahan lasak. 

 Haaa, conteng Auni jangan tidak conteng.

Mudah sahaja, untuk seorang kanak-kanak ianya sudah memadai. Dia sungguh teruja dan gembira. Emak dapat kiss lebih daripada biasa, muehehe.