Tuesday, August 27, 2013

Kad perpisahan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pop-up dan quilling. Kesan daripada aku post gambar kad ulangtahun kelahiran yang lepas, seorang kawan berminat untuk order serupa. Bezanya, bukan untuk ulangtahun kelahiran tetapi kad untuk bekas bosnya, kad perpisahan.

Fikir punya fikir, design apa yang cun tiba-tiba teringatkan design kad kakLin. Pinjam idea kakLin sikit. Ihiks. Gigih jugalah hendak buat, lagi-lagi tang pop-up tengah-tengah tu, habis idea, masa lagi. Dengan anak-anak lagi, aduhaiii. Tabahkan jiwa.

Sudah pun sampai ke tuannya, dia puan Dahlia order lagi sepuluh keping kad hari ulangtahun untuk kawan-kawannya. Sampai ke hari ni, belum habis di quilling lagi. Dia mahukan quilling tu. Aku sibuk menguruskan anak-anak yang demam seorang demi seorang. Phew!

Alaaa, blur pula bunga ni, berguna juga kertas daripada penebuk lubang.

 Katanya, dia mahu tulis nota sendiri makanya, ku biarkan kosong sahaja.

Tidak seberapa, tapi aku suka.

Dia hendak quilling, kita bagi quilling. Ihiks.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Wednesday, August 21, 2013

Kad Ulangtahun Kelahiran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku anggap sebagai cabaran, membuat pop-up kad dan quilling. Aku cuba buat yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan (aduh, statement). Ermmm, ye ini kali pertama seorang kawan semasa bersekolah dahulu menempah sekeping kad buatan tangan aku untuk buah hati tersayangnya.

Aku ni suka dengan art cumanya hendak padankan warna, aku sangat gagal. Boleh ke kongsikan tips macam mana hendak padankan warna yang bersesuaian, sedap dipandang mata maklum sajalah aku ni hanya penggemar hijau sahaja. Karang, aku buat kad semua warna hijau, jadi tidak menarik pula pada setengah orang kan. 

Untuk buah hati kesayangan Ruzanna Nasir, aku buatkan merah jambu, merah dan biru.

Hadapan. 

 Pop-up belah dalamnya. Kesemunya original handmade.

  Pun sama, gunting tanpa agak-agak namanya.

Alhamdulillah, Ruzanna sangat puas hati.

Konon nak buat kek red-velvet gittu! ok sajalah selit perisa coklat. Ihiks! RM10.

Terima kasih Oja, kerana mempercayai aku untuk membuatnya, maaf sekiranya ia tidak sempurna. 

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Thursday, August 1, 2013

Quilling di meja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Suka hati-suka hati, bereksperimentasi lagi. Kali ini aku memang menggigih tak hengat berquilling, kuikuikui. Sebenarnya, aku hendakkan bunga lepas tu dengan batang dan daun yang menjalar-jalar. Tapi, setelah ditunggang terbalikkan kad nan tersebut dengan kesimpulannya tangan aku memang kayu, makanya apa yang jadi sajalah.

Walaaa, terlebih cahaya pula.

Mencabar juga nak membentuk. Memang sengaja tidak seragam. 

Paling, comel tapi adoiii mengantuk. Berapa kali masuk plastik sampah namun, untuk kawan redah sajalah. Entah burung, entah itik, ke anak itik...mana-mana pun boleh. 

Wajah keseluruhan, haaa...meriah colournya. Boleh la, tuan punya pun suka. 

Puan Ummi, isteri kepada pegawai polis dua paku, seorang bisneswoman punya branding sendiri. Pemilik product AQASIA, untuk menguruskan badan. Aku memang tidaklah.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)