Saturday, September 21, 2013

Kad ulangtahun kelahiran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Wah, dah nak masuk bulan Oktober baru nak update, ahahaha. Nasibla labu. Simple dan tiada quilling. Batch September belum sempat buat berikutan banyak tempahan fm berquilling yang belum juga sempat berupload, ayooo...


Alang-alang kad ulangtahun, upload sekali koleksi kad ulangtahun yang telah ditempah oleh seorang kawan PERKEP, untuk orang-orang istimewa katanya 10 keping ko...semua hendak quilling. Kebetulan tiga askar aku demam serentak, OMG rasa nak duduk gua sekejap. 



RM3 sekeping.

Nampak senang tetapi dengan keadaan masa tu, memang tidak berapa memberi penumpuan sangatlah. Gam pun main aci redah sahaja. Sudah selamat sampai ke tuannya. Alhamdulillah mereka suka dan berpuas hati. Terima kasih kawan-kawan.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Tuesday, September 17, 2013

Kad Anniversary Superman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dua minggu lepas aku berada di kampung, hui mencabar juga bila kena menjaga askar bertiga tu sesorang, papa mama ada tapi dorang pun sibuk dengan kerja masing-masing. Mujur juga aku bawa balik kotak khazanah untuk buat art, jadi sangat berguna bila anak-anak masuk tidur dan aku tidak ada benda lagi yang hendak dibuat.

Sedang dalam mood bercuti dan mengerjakan anak-anak aku dapat satu email, membuat kad anniversary berlogo Superman. Erk! tercengang kejap, logo Superman? mana aku nak cari weih? masa ni la berguna line tenet yang macam siput tu, gigih melukis logo tu sendiri. Inila kali pertama aku melukis logo Superman. Aku memang tidak pernah tengok langsung drama atau movie Superman di tv. 

Saiz A4 tiga pintu.

Bahagian dalam, katanya hendak tulis nota sendiri. 

Part paling susah nak buat, sebab kecik bebenor. 

Mempunyai masalah gam berlebihan. Comot.

Siap lukis sendiri dan quillingkan, phew!

Sudah pun selamat sampai ke tuannya, walaupun terdapat sedikit keraguan dengan peti pos ekspress di kampung aku tu, pejabat pos punyala scarry macam tidak berorang. Alhamdulillah, tuannya pun puas hati dan suka tiada tara. Terima kasih Zaty sebab order dengan terkejut macam tu, hehe.

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)