Sunday, December 28, 2014

Quilling Fridge Magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: puan Ummi Salmah.
Tema: Qaseh bonda, warna kesukaan beliau ungu, hijau dan oren.



Permintaan: kak Ayu Jamal atau musecandy. Biasanya aku order gelang tangan atau pin tudung yang cecomel dengannya.
Tema: Hendakkan sebuah jip dalam bentuk love, menggigih membentuknya.



Permintaan: Fiza Jamal, merupakan juga adik kepada kak Ayu Jamal. Sweet.
Tema: Hendakkan perempuan memegang belon. Oh! dia terpikat dengan salah satu frame gambar sebelum ini. Perempuan itu aku lukis sendiri, bukan printer.


Last one, aku hadiahkan stoberi ini untuk orang yang suka stoberi iaitu kekDa sempena hari ulangtahunnya tempoh hari.




Sekian sahaja untuk hari ini, banyak lagi akak tak update, aduh! kesibukkan yang nyata.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Saturday, November 8, 2014

Kad quilling untuk kelahiran baby baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sengaja hendak test power, kali pertama meredah buat perpandukan sumber yang ada.

Pelanggan: Bonda Aisy sempena kelahiran baby boy barunya. Tahniah puan Dyla.







Simple je, semua pun guna pen dan lukis sendiri. 

Next...

Pelanggan: Kawan bekas sekolah saya, kawan baik saya yang selamat melahirkan bayi perempuan. Tahniah Adah.







Sangat terserlah ke 'pink' an nya. Tahniah Adah.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Friday, October 24, 2014

Quilling for frame.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Perasan bakat berkembang lagi, seorang kawan sekolah saya meminta satu perhiasan sempena anniversary nya. Quilling for frame, hendak bubuh apa? Nama pasangan dan tarikh hari bersejarah. Fine, pulun la saya memikirkan draftnya kerana Haiza menyerah sepenuhnya kepada saya.

Ada lima draft tangan, semuanya tidak menjadi, hahaa. Draft lain jadinya lain. Ok final draft yang boleh diterima pakai walaupun draft lain jadinya lain. Saya namakan karya terbaik.

 Sebelum.

Lain jadinya dengan yang draft. 

Tarikh istimewa dengan simple quilling. 

Dalam love ada love. Dalam hati adanya sayang, Bolehla tu kan...?

 Terima kasih Haiza kerana percayai saya. Terima kasih.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Thursday, October 23, 2014

Quilling for Frame, Front page Guestbook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sebelum terjadi apa-apa, perlu saya beritahu bahawa ini merupakan karya (sesuai ke) yang pertama kali saya buat. Mulanya kak Yani mahukan guestbook, saya belum pandai untuk menyusun guestbook, buku guestbook pun tidak pernah tengok apatah lagi mahu membuatnya. Untuk mempermudahkan keadaan kakYani meminta saya membuat hanya muka hadapan guestbook sahaja. Katanya, buat nama pengantin then buat bingkai bulat. Amboi, senang bunyinya.

Tak apa, mari kita usahakan. Google, then orang buat bulat kita bulat juga. Mulanya hendak saya buatkan nama pengantin dengan typography, bila tangan asyik melayari internet, google dan google makin lama kelihatannya makin susah pula. Jadi, saya hanya meringankan kepala tolak semua yang dilihat dan acu kertas untuk tulisan nama pengantin. Semuanya menggunakan kuasa agak-agak sahaja. 

Inilah yang dinamakan kuasa agak-agak. 

Bunga belajar daripada blog kakLin dan yang lain hentam aci gam bubuh sahaja.

KakYani kata, saya terlebih rajin, hehe. 

Baaagus... puas hati bila kakYani kata, dia suka.

Dan yang kedua ialah katanya mahu framekan pasangan pengantin pegang belon, siap kakYani sertakan draft lukisan tangannya, ok saya boleh faham dengan lakaran tersebut sebelum diberinya pula gambar print yang telah siap di framekan untuk rujukan saya. Oh! betul hampir sama dengan draft lukisan tangannya. Katanya, dia teringin melihat belon itu di quillingkan. Jadi, mari kita lihat hasilnya setelah kesungguhan saya melukis sendiri pasangan pengantin berikutan laptop saya out of servis.

Betul, saya tidak begitu pandai dalam mengadun acu warna. 

Boleh tahan dan nyatanya ramai orang suka sangat dengan belon-belon tersebut.

Gambar daripada kakYani yang sudah siap di frame sendiri dan guestbook lengkapnya.

Terima kasih kakYani. Love you so much! Saya sudah terasa bakat berkembang lagi, muehehe.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Tuesday, September 16, 2014

Kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ini tiada permintaan mana-mana pihak, aku rela hati untuk buat quilling fridge magnet sebagai cenderahati sempena majlis perjumpaan semula rakan pelajar Sek. Men. Keb. Tun Habab, Kota Tinggi batch SPM 2001 pada Iftar Ramadhan yang lepas.

Quilling bertemakan warna lencana sekolah berikutan aku perlu struggle menyiapkannya sebelum cuti pulang ke kampung.

Penganjur majlis juga meminta aku membuatkan sekeping kad besar untuk ditandatangani sebagai kenangan. Juga, bertemakan warna lencana sekolah, hiii. Senang begitu.

Saiz fridge magnets kali ini agak luar biasa beza kerana, aku meminta suami printkan-printer aku habis ink, huhuu.

Ok lets layan butterfly quilling and terima kasih kawan-kawan sudi menerima fridge magnet yang tidak seberapa daripada aku :D




Saturday, September 13, 2014

Quilling fridge magnets for princess Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: Abi kepada Auni untuk Auni sendiri. Untuk hari ulangtahun Auni yang ke-5 yang jatuh pada bulan ramadhan lepas. Untuk kawan-kawan sekolah Auni.

Tema: Disebabkan perempuan ini suka kepada pink dan ungu, emak terpaksa rela buatkan juga. Terasa sangat ladies butterfly and cupcakes.

Saiz: Sama sebelum ini. Eh, macam dah jadi standart size pula.


Fridge magnets dua bentuk quilling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: Puan Lyn seorang kawan bekas tempat aku belajar dahulu.

Tema: 20pcs quilling cupcake dan 20pcs quilling number. Number five.

Saiz: Sama sahaja dengan sebelum ini.



Quilling number fridge magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: Kembar aku, tetiba ada kembarkan?, kawan tapi tarikh, bulan dan tahun kelahirannya sama dengan aku, dia seorang bapa kepada dua hero.

Tema: Mahukan fridge magnet yang hanya nombor tunggal. Eh, payah juga nak buatnya tu. Nombor empat.

Saiz: Sama seperti sebelum ini.



Sunday, July 13, 2014

2014 Blog Giveaway #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Bukan daripada blogoren tetapi, sila baca keseluruhan entry untuk pencerahan ;)

Barang art yang sangat menarik ini daripada:

atau
http://azlina-lin.blogspot.com/2014/05/2014-blog-giveaway-1.html

Giveaway art ni daripada kakLin, my sifu. Satu-satunya blog yang menjadi rujukan aku terus belajar pelbagai seni art kertas yang menarik, tertarik kau memang d'bom. Pertama kali aku belajar membuat quilling art, apabila aku menemui blog kakLin daripada blog sisLin, haaa nama sama tetapi orangnya berbeda, satu di selatan, satu di utara. 

Mulanya aku try test je, lama-lama terjebak. Sehingga terhasilla art-art yang rupanya masih mendapat sambutan. KakLin juga merupakan salah seorang supplier untuk aku mendapatkan quilling tools dengan harga yang berbaloi-baloi. Terima kasih kakLin.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Friday, June 27, 2014

50pcs Cupcake fridge magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: Puan Yana untuk cenderahati kawan-kawan anaknya, Amir.
Tema: Cupcake, aku sangat suka membuatnya, bila sudah siap ianya sangat berwarna-warni.
Saiz: 4cm x 3.5cm







Berminat? boleh email untuk mendapatkan nombor telefon si pembuatnya, nsahida@gmail.com

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Saturday, May 31, 2014

Fridge Magnets for goodies bag.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Permintaan: kakIna daripada Klang. Jumpa bloghijau, menjadi kenalan kepada puanDyla. Serbu, alih-alih whatsapp aku menyatakan mahu order 50kpg FM untuk saudara mara terdekat.
Saiz: 4cm x 5cm
Tema: Bertemakan bebas, hanya mahukan bentuk cupcakes dan rama-rama. 25keping batch pertama, siap dengan lengkap malangnya terdapat kesalahan pada nama dan tarikh di atas magnet. Ma'ai, aku kena betulkan balik semula tanpa merosakkan quilling yang sudah tertampal elok. Satu hari juga aku kerjakan untuk membetulkan kesalahan yang sendiri buat. Padan muka aku, siapa suruh tidak baca sungguh-sungguh details yang telah diberi.



 Macam comel, tapiii salah. Gigih aku betulkan semuanya. 

25kpg yang telah salah nama dan tarikh. Siap dengan lengkap, aku print out semula nama dan date yang betul, buka yang asal dengan hati-hati dan teliti. Gambar yang betul aku lupa dan snap sebab terus buat 25pcs batch kedua, cupcake.
 

 
Ini yang betulnya, yummm-yumm-yummm!

Done for kakIna, 50kpg Fridge Magnets. Terima kasih.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)