Saturday, May 10, 2014

100 pieces of fridge magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kemain tajuk tu kan, kejap dalam Inggeris, kejap dalam Melayu, hahaa.

Permintaan: Puan Dyla atau bonda Aisy.
Ukuran: 6.5cm x 4.5cm
Tema: Awal-awal hari tu turqoise, tidak jumpa warna turqoise aku bubuhkan biru hijau. Makin lama, aku terasa macam hendak rabun warna sahaja makanya puan Dyla kata buat ikut suka hati, wahahahaa. Part yang memang aku tunggu-tunggu.

Makan masa berbulan jugala hendak siapkan, mentangla due datenya bila-bila sahaja.

Gila-gila fridge magnets namanya.

 Tekun sangat hendak buat bunga tu, redah sahajalah. Batch pertama, penyapu baru rajin dan sangat tekun.

 Batch kedua, muffin ke, cupcake ke, aiskrim ke, ntah...nampak macam comel je, hahaa (masuk bakul, angkatla sendiri). 

 Argh, dah kering idea. cubaan kali pertama buat lolipop. Aiskrim yang erk...cun juga cuma perlu meningkatkan mutu pemilihan warna. Ke...cahaya kamera yang out? tah.

 Ahaaa, dah stat nak malas. Rama-rama je senang, satu hari leh siap. 

 Ok, rajin sebab buat bunga, malas sebab guna daun puncher, wakakaka. 

Terima kasih puan Dyla. Harap tidak serik untuk tempah lagi. Aku pula macam serik hendak terima tempahan, ahahhaa. Sajelah!

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

No comments: