Saturday, May 31, 2014

Fridge Magnets for goodies bag.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Permintaan: kakIna daripada Klang. Jumpa bloghijau, menjadi kenalan kepada puanDyla. Serbu, alih-alih whatsapp aku menyatakan mahu order 50kpg FM untuk saudara mara terdekat.
Saiz: 4cm x 5cm
Tema: Bertemakan bebas, hanya mahukan bentuk cupcakes dan rama-rama. 25keping batch pertama, siap dengan lengkap malangnya terdapat kesalahan pada nama dan tarikh di atas magnet. Ma'ai, aku kena betulkan balik semula tanpa merosakkan quilling yang sudah tertampal elok. Satu hari juga aku kerjakan untuk membetulkan kesalahan yang sendiri buat. Padan muka aku, siapa suruh tidak baca sungguh-sungguh details yang telah diberi.



 Macam comel, tapiii salah. Gigih aku betulkan semuanya. 

25kpg yang telah salah nama dan tarikh. Siap dengan lengkap, aku print out semula nama dan date yang betul, buka yang asal dengan hati-hati dan teliti. Gambar yang betul aku lupa dan snap sebab terus buat 25pcs batch kedua, cupcake.
 

 
Ini yang betulnya, yummm-yumm-yummm!

Done for kakIna, 50kpg Fridge Magnets. Terima kasih.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

No comments: