Thursday, October 23, 2014

Quilling for Frame, Front page Guestbook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sebelum terjadi apa-apa, perlu saya beritahu bahawa ini merupakan karya (sesuai ke) yang pertama kali saya buat. Mulanya kak Yani mahukan guestbook, saya belum pandai untuk menyusun guestbook, buku guestbook pun tidak pernah tengok apatah lagi mahu membuatnya. Untuk mempermudahkan keadaan kakYani meminta saya membuat hanya muka hadapan guestbook sahaja. Katanya, buat nama pengantin then buat bingkai bulat. Amboi, senang bunyinya.

Tak apa, mari kita usahakan. Google, then orang buat bulat kita bulat juga. Mulanya hendak saya buatkan nama pengantin dengan typography, bila tangan asyik melayari internet, google dan google makin lama kelihatannya makin susah pula. Jadi, saya hanya meringankan kepala tolak semua yang dilihat dan acu kertas untuk tulisan nama pengantin. Semuanya menggunakan kuasa agak-agak sahaja. 

Inilah yang dinamakan kuasa agak-agak. 

Bunga belajar daripada blog kakLin dan yang lain hentam aci gam bubuh sahaja.

KakYani kata, saya terlebih rajin, hehe. 

Baaagus... puas hati bila kakYani kata, dia suka.

Dan yang kedua ialah katanya mahu framekan pasangan pengantin pegang belon, siap kakYani sertakan draft lukisan tangannya, ok saya boleh faham dengan lakaran tersebut sebelum diberinya pula gambar print yang telah siap di framekan untuk rujukan saya. Oh! betul hampir sama dengan draft lukisan tangannya. Katanya, dia teringin melihat belon itu di quillingkan. Jadi, mari kita lihat hasilnya setelah kesungguhan saya melukis sendiri pasangan pengantin berikutan laptop saya out of servis.

Betul, saya tidak begitu pandai dalam mengadun acu warna. 

Boleh tahan dan nyatanya ramai orang suka sangat dengan belon-belon tersebut.

Gambar daripada kakYani yang sudah siap di frame sendiri dan guestbook lengkapnya.

Terima kasih kakYani. Love you so much! Saya sudah terasa bakat berkembang lagi, muehehe.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

1 comment:

Hanim said...

cantik la Cha belon tu...berkenan akak