Saturday, May 31, 2014

Fridge Magnets for goodies bag.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Permintaan: kakIna daripada Klang. Jumpa bloghijau, menjadi kenalan kepada puanDyla. Serbu, alih-alih whatsapp aku menyatakan mahu order 50kpg FM untuk saudara mara terdekat.
Saiz: 4cm x 5cm
Tema: Bertemakan bebas, hanya mahukan bentuk cupcakes dan rama-rama. 25keping batch pertama, siap dengan lengkap malangnya terdapat kesalahan pada nama dan tarikh di atas magnet. Ma'ai, aku kena betulkan balik semula tanpa merosakkan quilling yang sudah tertampal elok. Satu hari juga aku kerjakan untuk membetulkan kesalahan yang sendiri buat. Padan muka aku, siapa suruh tidak baca sungguh-sungguh details yang telah diberi.



 Macam comel, tapiii salah. Gigih aku betulkan semuanya. 

25kpg yang telah salah nama dan tarikh. Siap dengan lengkap, aku print out semula nama dan date yang betul, buka yang asal dengan hati-hati dan teliti. Gambar yang betul aku lupa dan snap sebab terus buat 25pcs batch kedua, cupcake.
 

 
Ini yang betulnya, yummm-yumm-yummm!

Done for kakIna, 50kpg Fridge Magnets. Terima kasih.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Saturday, May 24, 2014

Happy Teacher's Day Fridge Magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Aku tidak terfikir pun hendak buat untuk cikgu Auni, ada pula orang yang terfikirkannya, terima kasih kawan.

Permintaan: Lya Afrina, aktif di instagram untuk guru yang mengajar anaknya.
Saiz: 4cm x 9cm 
Tema: Bebas dan ikut suka hati, janji comel. Jadi, bila permintaan tergesa-gesa kebiasaannya aku hanya tumpu kepada yang seragam sahaja.



Next....!

Permintaan: kakEda emak kepada Danish, Deena dan Daniel.
Saiz: 4cm x 9cm
Tema: Mahukan bunga dan cupcake yang terang-terang dan bersinar, ihiks.


Next...!

Permintaan: kakJaja, aktif di blogger. Pernah menempah fridge magnet keluarga sebelum ini.
Saiz: 4cm x 9cm
Tema: Bebas dan ikut suka hati. Best sebab aku boleh pilih warna yang aku suka, muahaha.


Next...!

Permintaan: kakAdex Aieda, aktif di Instagram dan juga blogger.
Saiz: 4cm x 9cm
Tema: Bebas dan ikut suka hati. Senang sebab ikut template yang sudah sedia ada. Ini paling ekspress aku buat, ye ke? semuanya ekspress sebab hari guru jatuh pada 16hb Mei.


Next...!


Ini untuk Auni, orang buat aku pun sibuk sama hendak buat. Tema warna korporat tabika perpaduan. Sempoi saje. Akhir kata, Selamat Hari Guru 2014, jumpa lagi tahun hadapan. Siapa mau order awal-awal ye, jangan hendak genting baru hendak order, tehehehe.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Saturday, May 10, 2014

Fridge magnets segera.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam maggie 2 minit tu. Order tengah hari, jam 3pagi siap untuk packing.

Pemintaan: Puan Dyla atau bonda Aisy lagi.
Regular customer jadinya. Dalam pada dia order 100pcs fm, dia selit permintaan 20pcs untuk kawan-kawan sekolahnya.
Ukuran: 6.5cm x 4.5cm

Disebabkan aku terima permintaan sewaktu menunggu Auni pulang sekolah makannya teknik mudah untuk aku siapkan 20pcs fm adalah dengan buatkan quilling rama-rama menggunakan gebungan warna yang sedikit. Jadinya, aku boleh fokus. Fokuslah sangat, kalau sudah berperang dengan trio tu, ngeeee...

20pcs red plus blue fridge magnets. Terima kasih puan Dyla. 

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

100 pieces of fridge magnets.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kemain tajuk tu kan, kejap dalam Inggeris, kejap dalam Melayu, hahaa.

Permintaan: Puan Dyla atau bonda Aisy.
Ukuran: 6.5cm x 4.5cm
Tema: Awal-awal hari tu turqoise, tidak jumpa warna turqoise aku bubuhkan biru hijau. Makin lama, aku terasa macam hendak rabun warna sahaja makanya puan Dyla kata buat ikut suka hati, wahahahaa. Part yang memang aku tunggu-tunggu.

Makan masa berbulan jugala hendak siapkan, mentangla due datenya bila-bila sahaja.

Gila-gila fridge magnets namanya.

 Tekun sangat hendak buat bunga tu, redah sahajalah. Batch pertama, penyapu baru rajin dan sangat tekun.

 Batch kedua, muffin ke, cupcake ke, aiskrim ke, ntah...nampak macam comel je, hahaa (masuk bakul, angkatla sendiri). 

 Argh, dah kering idea. cubaan kali pertama buat lolipop. Aiskrim yang erk...cun juga cuma perlu meningkatkan mutu pemilihan warna. Ke...cahaya kamera yang out? tah.

 Ahaaa, dah stat nak malas. Rama-rama je senang, satu hari leh siap. 

 Ok, rajin sebab buat bunga, malas sebab guna daun puncher, wakakaka. 

Terima kasih puan Dyla. Harap tidak serik untuk tempah lagi. Aku pula macam serik hendak terima tempahan, ahahhaa. Sajelah!

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Friday, May 9, 2014

Kad hari lahir bertema merah hitam.

Assalamualaikum dan  selamat sejahtera. 

Simple, berukuran setengah kertas A4.
Permintaan: Puan Hairiliza (kawan bekas sekolah rendah) untuk hari ulangtahun suaminya.
Bila diletakkan sekali dengan present, nampak anggun gittu. Mulanya, perkataan tu aku buat hitam, bila sudah siap, tenggelam. Hendak buka semula, sudah malas makanya letak liquid paper, menarik juga.

 Dalam gambar ni, separa siap. Sebenarnya, aku agak tidak berpuas hati sangat dengan hasilnya namun ku teruskan jua sebab tempoh sudah singkat untuk aku siapkan yang lain. Terima kasih kawan, sudi support kawanmu ini :)

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)