Thursday, February 26, 2015

Quilling Slide Card for Anniversary.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: Puan Dyla, yang sangat rajin meminta hasil kerja tangan saya. Tidak kira untuk sesiapapun, dia suka benar menggunakan saya untuk membuatnya, hihihi. Saya tak kisah.

Tema: Quilling slide card untuk hari ulangtahun perkahwinannya.

Asalnya hendak buat nombor empat. Jadi ke tak tu ye? 


Muka depan. Banyak benor hati, sarat kasih sayang namanya. 


 Tolak keluar, sendiri tidak tahu apakah gerangan bentuk tu, adeih!


Terima kasih puan Dyla. Saranghae. 

Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Quilling Slide Card for Wedding Day.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ahahaha, kiranya....ini karya terbaru, kenapa? sebelum ini tidak pernah terfikir hendak buat pun. Mulanya saya tanya dia, hendak kad satu pintu atau dua pintu, dia jawab hendak "sliding door". Why not, saya tunaikan permintaan dia buat kad slide.

Permintaan: puan Fizannie Lokman atau biras saya. Pencetus idea namnya ni.
Tema: Hendak slide card, quilling, warna pink, grey dan yellow untuk majlis perkahwinan kawannya.

 Burung tengah bercinta la konon. Ada love besar.

Kad ditarik keluar menjadi pengantin memegang belon besar.

Lepas sahaja kad ini siap, ramai pula yang minat hendak juga, hahahaa.

Terima kasih awak.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)

Quilling Birthday Card for bestfriend.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai jumpa lagi, Selamat Tahun baru 2015 (ma'ai sudah bulan February rupanya. Selamat Tahun Baru Cina juga diucapkan kepada semua peminat cabang seni kertas. Saya kembali memuat naik antara koleksi yang sudah pun diterima customer dengan selamatnya, in shaa Allah dan Alhamdulillah.

Permintaan: puan Izan Abdul Latif, kawan blogger saya, kawan Instagram saya dan kawan alamamaya saya. Kami tidak pernah berjumpa.

Tema: Sekeping quilling card sempena hariulangtahun kawan luar negaranya. Lain-lain, atas daya pemikiran saya sendiri hendak menokok tambah.




Muka depan quilling love dan cupcake, bahagian dalamnya pop-up cupcake. Saya hendak belajar buat yang bertingkat lebih tinggi, asyik gagal sahaja. Phew!

Terima kasih kakIzan.

 Main blog, Diari Umi [http://hijaucantik.blogspot.com]. Jumpa di sana ;)