Sunday, April 19, 2015

Quilling Hanging: Special Request.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan: Kawan bekas pelajar sekolah dedulu. Eh! mestilah still keep in touch. Ikatan persahabatan ialah hadiah terindah tau. Siti Aminah binti Othman.

Tema: Mulanya Min minta buatkan dua jersey team bola sepak, Manchester United dan Liverpool (jenuh la hendak tirusatgi), lepas tu dia kata macam insaf pula, dia minta buatkan Allah dan Muhammad untuk disangkutkan di cermin pandang belakang dalam keretanya. Gittu! Masih lagi prototaip sebab tidak tahu hendak diberi gelaran apa, pertama kali buat kot.

Anggaran bajet: rm20 hingga ke atas.

Bahan recycle je weih... 


 Sudah dalam kereta Min.

 Satu untuk depan, satu untuk belakang.

Sama tapi tak serupa, ke sama? hahaa.

Terima kasih Min, keranamu makanya daku namakan dia Quilling Hanging. Senyum sampai telinga. Wiii...

Saturday, April 18, 2015

Quilling Baby Shower Card.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Permintaan: Puan Edzna Suri untuk seorang kawannya sempena majlis menyambut orang baru. Betulkah istilahnya tu? Orang putih kata Baby Shower tu.

Tema: Sejak terpopularnya Slide Card yang bersaiz biasa (perasan sendiri), puan Edzna hendakkan slide card yang bersaiz large. Paling besar yang rasa-rasa berkemampuan untuk buat ialah saiz A4 je, ahahaha.

Anggaran bajet: rm25 hingga rm30.



 Ungu dan merah jambu untuk baby girl. Jadilah gambar stroller tu, hehe. Terima kasih puan Edzna.